MUKADIMAH...




Assalamualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua viewer..
Seprti yang kita sedia maklum sememangnye sangat sukar untuk mendapat perkhidmatan
penjaga pantang yang bagus. Maksud saya penjagaan yang lengkap untuk ibu dan anak.

Saya telah melakukan kerja ini lebih kurang 4 tahun yang lepas secara sepenuh masa. Sebelum ini hanya secara sambilan dimana saya tidak tinggal di rumah client,  bermula lebih kurang 10 tahun yang lepas..

Saya berusia 40 tahun dan adalah seorang ibu tunggal. Saya sendiri mempunyai 7 orang anak.
Memandangkan mereka semua sudah memasuki alam persekolahan dan kolej.. saya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk masa depan mereka. Saya mengambil keputusan untuk bergerak dgn lebih cergas dan meluas.

Sepanjang dalam masa penjagaan saya, pelanggan di kehendaki mengikut jadual & arahan yang diberikan supaya segala perancangan berjalan dengan lancar. Insya-Allah, tiada yang menyebabkan kemudaratan jika mengikut perancangan yang betul.

Saya cuma akan menyediakan batu tungku, minyak untuk mengurut. Mengurut wanita bersalin berbeza dari urutan biasa. Biasanya, saya mengambil masa lebih kurang 2-3 jam untuk urutan pertama. Jangka masa urutan akan berkurangan mengikut keadaan tubuh client. Masa paling singkat ialah 1 1/2 jam. Bayi juga akan di jemur dan diurut selepas dimandikan. Susu Ibu adalah penyelesai terbaik untuk  masalah jaundice di kalangan bayi baru lahir. Pemakaian bengkung adalah kemestian. Sekalipun melalui kelahiran secara CSR, ibu tetap perlu memakai bengkung selepas luka kering.(SELEPAS 7 HARI)

Pemakanan semasa berpantang juga penting untuk dijaga. Bukan bermakna berpantang, maka semua benda tidak boleh di makan. Hanya yang berangin dan berbisa sahaja ditegah. Newmother perlu mendapat zat yang mencukupi untuk menyusukan bayi dan pemulihan diri. Zat yang kurang boleh mengganggu kadar penghasilan susu ibu dan  bayi senang mendapat jaundis. Saya mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah.

Bagi ibu yang menyusukan bayi tidak dibenarkan untuk memakan jamu pada peringkat awal. Ianya boleh mengurangkan susu dan panas badan pada bayi. Saya amat mementingkan penyusuan dari susu ibu. Terdapat banyak zat2 penting didalamnya yang sukar untuk kita fahami.

Saya juga banyak menggunakan petua & kaedah2 lama untuk penjagaan kesihatan. Bahan2 yang mudah diperolehi di pasar2 basah malah juga di kawasan perkampungan. Bahan2 harian yang kita gunakan didapur juga banyak manfaatnya jika kita tahu kebaikanya. Disamping itu saya juga menggunakan herba cina dalam proses pemulihan.

Jika di lihat pada harga package sememang agak murah, ini adalah kerana sudah terdapat banyak pusat penjagaan selepas berpantang mula beroperasi. Untuk mendapat hasil yang sangat memuaskan, client perlu mengikut segala aturan di dalam jadual. Saya akan menyediakan yang terbaik dan mengikut keselesaan dan citarasa client.

SEMEMANGNYA SAYA BUKAN SEORANG DOMESTIC MAID.. TETAPI SAYA MASIH BOLEH BERTOLAK ANSUR DI DALAM BANYAK PERKARA.

Apa yang penting di sini ialah kerjasama. Untuk mendapat kejayaan dan hasil yang sangat memuaskan, kita perlu bekerjasama dalam segala perkara.

Ulasan

Catatan Popular