PEMAKANAN MENGIKUT JENIS DARAH SEWAKTU BERPANTANG DAN KEHIDUPAN SEHARIAN


Assalamualaikum wbt.. dan salam sejahtera buat semua viewer..

Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dari segi pemakanan. Sesungguhnya kita adalah apa yang kita makan.. Mental dan fizikal kita bermula dari apa yang kita makan sehari-hari. Makanan rohani dan jasmani.

Fahaman saya mengenai makanan jasmani adalah untuk kepentingan fizikal luaran dan dalaman tubuh kita. Sesuai apa yang dimakan akan dapat dilihat pada pandangan mata orang lain. Juga dari sudut kesihatan..

InsyaAllah kita akan sentiasa sihat dan segar.. serta dapat melakukan kegiatan seharian dengan baik.Sukar untuk mendapat sakit yang kronik dan sudah tentu akan kelihatan lebih sihat dan yang penting awet muda..

Contoh yang boleh saya berikan disini adalah diri saya sendiri. Saya mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah. Secara jujurnya saya telah mengamalkan cara pemakanan ini untuk pelanggan-pelanggan saya selama lebih kurang 5 tahun. Tetapi saya sendiri sukar untuk mengikut aturan untuk diri sendiri. Saya mengambil remeh tentang pemakanan sendiri sedangkan pelanggan perlu mengikut dengan penuh disiplin. Sudah tentulah mereka perlu mengikut aturan yang saya tentukan untuk kebaikan mereka. Kenapa perlu bayar mahal-mahal untuk orang jaga kita kalau tidak mengikut segala jadual dan aturan yang ditetapkan. Semuanya adalah untuk kebaikan pelanggan itu sendiri.. supaya kejayaan dalam proses pemulihan dengan cemerlang. Walaupun ada juga beberapa orang yang tidak kuat disiplin dan mental untuk mematuhi segala perancangan. Hasil setiap projek adalah mengikut kekuatan dan kegigihan pelanggan itu sendiri. Saya hanya mampu untu membuatkan perancangan dan menjalankanya. Saya sedaya upaya berusaha membantu untuk pencapaian yang cemerlang.. Tiada apa yang dapat saya lakukan kecuali sokogan moral.

Saya pernah kalah dalam satu perjuangan untuk pemulihan seorang pelanggan. Memang sangat pedih saya rasakan walaupun mungkin pelanggan itu tidak merasakan apa-apa ataupun menyalahkan saya kerana hasil tidak seperti yang dirancang. Kekuatan mental sangat saya perlukan untuk proses pemulihan seorang wanita yang baru lepas melahirkan. Saya kira ketika itu saya tidak punyai kekuatan yang jitu untuk melawan segala masalah yang timbul. Saya berada dalam trauma selama 6 bulan selapas kejadian itu. Saya hilang keyakinan untuk teruskan pekerjaan ini . Dalam masa 6 bulan saya banyak mengkaji diri.. dimanakah kesilapan saya.. kenapa saya tidak mampu berikan yang terbaik buat pelanggan saya. Alhamdulillah tidak timbul dihati saya bahawa sikap pelanggan itu yang menjadikan saya gagal. Saya gagal kerana kelemahan dan kesilapan sendiri. Saya berusaha mencari kesilapan diri..

Inilah kesilapan saya..

Saya tidak mengamalkan kehidupan sebagaimana yang saya aturkan kepada pelanggan-pelanggan saya. Saya tidak cukup kuat dari segi rohani dan jasmani. Saya tidak suapkan makanan yang cukup untuk jiwa dan raga saya sendiri.
Bagaimana saya boleh menjadikan orang lain cemerlang dan bahagia sekiranya saya sendiri tidak mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan dalam kehidupan saya sendiri..
Bangkit dari kesedaran itu.. saya mula mengamalkan kehidupan yang sihat dan sentiasa positifkan pemikiran untuk mencapai kestabilan diri.

Saya mula makan mengikut keperluan darah saya.. saya berdarah A+. Jadi saya perlu mengikut plan pemakanan vegetarian. Bukan sepenuhnya vegetarian.. Saya boleh makan ayam dan ikan laut dalam. Saya sememangnya tidak suka ayam.. Saya tidak boleh mengambil protien dari daging merah  dan produk tenusu.
Ini adalah sukar bagi saya kerana saya amat sukakan daging dan susu putih. Dan sebenarnya inilah punca saya tidak dapat mengawal pemikiran dengan baik kerana kerap mengambil makanan yang tidak boleh menyerap dengan baik dalam tubuh. Malah menjadi racun dalam darah yang mengalir di seluruh pelusuk tubuh. Dalam masa yang sama juga saya mendapat penyakit kegatalan kulit seluruh tubuh yang tidak terkawal rasanya. Ia tidak kelihatan pada kulit tetapi terasa sangat terseksa kerana sentiasa berasa gatal. Puas sudah saya mencuba pelbagai jenis perubatan.. moden, tradisional dan TCM. Adakala berkurangan.. sebaik sahaja tamat tempoh rawatan, ia kembali seperti dulu.. gatal menjadi-jadi.. Kebanyakan pakar perubatan menyatakan saya mengalami keracunan dalam darah..
Saya mula muhasabah diri.. memikirkan apakah kesilapan yang saya lakukan sehari-hari sehingga dihinggap penyakit sebegini. Saya kembali membaca buku-buku motivasi dan kembali mengenal diri.. Alhamdulillah..

Kesilapan yang paling besar saya lakukan tetapi langsung tidak sedar.. kerana ia adalah perkara remeh.. yang pastinya kebanyakan manusia lakukan. Lakukan untuk orang lain.. untuk mencari kebendaan tetapi tidap diterap pada diri sendiri..
Sekarang.. alhamdulillah.. saya rasa lebih lapang dan hati lebih ringan dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba. Tubuh badan saya juga lebih sihat dan saya sendiri gembira melihat diri saya sendiri sekarang.
Apa yang penting kita hendaklah sentiasa berfikiran positif didalam menangani setiap perkara.. Pastikan apa yang disuap ke mulut bukanlah racun yang berupa makanan yang merosakkan diri kita sedikit demi sedikit. Dan yang paling penting.. kekuatan mental..
Kekuatan mental datangnya dari hati yang tenang.. hati yang tenang datangnya dari petunjuk. Untuk mendapat petunjuk..mestilah kene ada pegangan.. Berpeganglah kepada Tuhan. Mohon petunjuk dan hidayahnya. InsyaAllah..

Inilah yang saya katakan makanan rohani dan jasmani. Kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita bergantung kuat kepada dua perkara ini. Semua manusia sama keperluannya dari segi ini. Tidak kira apa bangsa.. miskin atau kaya.. selagi kita mampu menghargai diri.. selagi itulah kita akan mencapai kebahagiaan dan dalam kehidupan. Sayangi diri kita untuk orang lain menyayangi kita..

Salam sayang dari saya buat viewer semua..

INSYA-ALLAH..

Ulasan

Catatan Popular