WANITA ANGGUN WANITA CEMERLANG!

Assalamualaikum wbt..

" Wahai Muslimah.. anak lebih utama dari kekayaan, kesihatan lebih baik dari harta benda, keamanan lebih baik dari tempat tinggal dan pengalaman lebih mahal dari harta.. "
                                                                     La Tahzan ; Dr. Aidh Al-Qarni

Salam sejahtera buat semua viewer.. semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Nya.
Zuriat kita.. waris kita.. tiada makhluk yang tidak kasihkan anaknya. Sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan dan kepentingan anaknya.
Kita sebagai manusia yang dianugerahkan Allah akal dan nafsu .. sebaiknya menilai keperluan kehidupan dan kasih sayang yang diberi. Janganlah kita membuta tuli memberikan apa sahaja yang dipinta.. dirayu tanpa menilai segalanya.
Begitu juga kita sebagai ibu, seharusnya berusaha menberikan yang terbaik untuk keperluan anak-anak. Bermula dari dalam kandungan lagi seharusnya kita bertanggungjawab untuk membentuk peribadi, emosi dan jiwa anak-anak kita. Emosi kita semasa mengandung akan mempengaruhi jiwa dan emosi bayi kita.Pemakanan yang baik, seimbang dan bersesuaian akan membentuk tubuh bayi yang sihat dan akal yang kuat.

Kesihatan yang baik lebih baik dari harta benda. Itulah hakikatnya..! Janganlah kita pandang remeh perkara yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan kita dan keluarga. Dengan kesihatan yang baik , kita boleh menjalani kehidupan yang gembira dan mampu melakukan apa sahaja yang diingini. Sekiranya nikmat sihat itu mula ditarik oleh Nya.. kita akan mula rasa sengsara, terpinggir dan seandainya memiliki harta yang banyak tetapi tidak dapat dinikmati dengan gembira.. maka sia-sia sahajalah segalanya. Oleh itu.. marilah kita menjaga kesihatan kita selagi kita masih mampu melakukanya.. dan sedarilah bahawa, bergunanya kita.. pentingnya kita.. dan nampaknya kita dimata dunia selagi kita masih sihat, bertenaga dan mampu memberikan yang terbaik untuk keperluan orang lain.

Keamanan adalah lebih baik dari tempat tinggal.. pada pandangan saya, seandainya.. kita memiliki rumah yang tersergam indah bak istana tetapi tiada kedamaian jiwa , kesihatan yang baik dan keluarga yang membahagiakan.. maka tiada bermaknalah segala apa yang kita miliki. Sememangnya tiada yang sempurna di dunia ini. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mendapatkan dan memberikan yang terbaik untuk keluarga kita khususnya.. dan kehidupan yang terbaik untuk diri kita sendiri yang sememangnya sangat berharga.

Pengalaman lebih mahal dari harta benda..
Sejujurnya.. saya akui, pengalaman adalah lebih berharga dari harta benda. Semahal mana pun harta benda.. semewah mana pun kehidupan yang kita lalui, tidak akan sama dengan suatu pengalaman yang kita miliki. Tiada siapa pun yang menjalani kehidupan yang sama dan serupa. Sudah tentulah pengalaman yang berharga, yang berguna.. yang akan membentuk kehidupan kita seterusnya. Harta benda adalah keperluan yang ujud untuk kehidupan yang baik.. manakala pengalaman adalah keperluan yang tidak nyata untuk menghadapi segala rintangan dan permasalahan dalam kehidupan.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi wanita yang Anggun dan seterusnya Cemerlang dalam kehidupan di Dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

SURAH AL-KAUTSAR ( SUNGAI DI SYURGA )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

SOLAT DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH

1) Sesunguhnya Kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga.

2) Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

3) Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu maka dialah yang terputus. (dari nikmat Allah)

Ulasan

Catatan Popular