Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ..

Sekarang, saya berada di Silvermere, London.. Suasana dan cuaca di sini berbeza dengan negara Asia.. khususnya Malaysia.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan selama berada di sini.Cara berpantang yang terbaik di negara yg bermusim ini.. terutama pada musim luruh sekarang.

Adalah agak mengejutkan saya kerana perubatan di negara ini adalah amat berbeza.. terutama bagi ibu-ibu mengandung. Sama ada semasa mengandung.. semasa melahirkan dan selepas melahirkan. Kebanyakannya adalah di sebabkan cuaca yang berbeza.

Paling mengembirakan ialah tempoh pemulihan adalah lebih cepat. Luka cepat sembuh kerana udara yg kering dan sejuk. Dengan kaedah  yang saya gunakan, ibu-ibu dapat menghasilkan susu yang banyak dan mendapat tubuh yang sihat dan balik asal.

Cuaca yang sejuk dan kering juga mengelakkan perpeluhan yang berlebihan.

Pemakaian bengkung menjadi sesuatu yang amat menarik.. kerana dengan suasana yang sejuk adalah amat selesa sekali untuk mengenakan bengkung sepanjang masa.. tanpa rasa rimas dan sebagainya. Dalam masa 5 hari peranakan sudah kecut dan kembali ke asal. Ketinggian perut juga menampakkan perbezaan.

Berbeza dengan di negara-negara Asia Tenggara yang beriklim khatulistiwa dimana panas dan lembab.. proses pemulihan mengambil masa yang agak lama. Lebih kurang 2 minggu.

Jadi.. di sini ingin saya sarankan kepada semua  yang tinggal di negara yang bermusim yang inginkan proses
pemulihan yang terbaik agar memilih cara Malaysia Moden yang saya perkenalkanantara . Konsep pemulihan saya adalah gabungan perubatan Melayu Moden dan Chinese Physician. Saya banyak menggunakan akar-akar kayu dan herba- herba. Pemakanan juga mengikut jenis darah.

Jadual yang disediakan adalah basic.. secara amnya. Dan saya juga amat bertoleransi dengan masa. Tetapi tidak bermakna ada yang boleh ditinggalkan.. contohnya.. jika terlepas waktu berurut, boleh ditunda ke petang. Tetapi tidak boleh dibatalkan.



Ulasan

Catatan Popular