Add caption




Assalamualaikum..& salam sejahtera. Sekali lagi kita bertemu di sini..

Hari ini saya akan berikan sedikit tips dan menjawap  beberapa persoalan yang sering timbul di kalangan ibu-ibu yang baru melahirkan, mengenai bayi mereka.. Adalah sangat penting untuk kita menjaga keperluan bayi yg baru lahir, kerana ia membentuk tumbesaran & kesihatan mereka. Secara tidak langsung, ia juga membentuk personaliti si kecil.. macam pelik kan.. tapi itulah hakikatnya, tanpa kita sedari.




BERAPA LAMA TALI PUSAT AKAN TERTANGGAL..

Biasanya dalam 5,7 hari bahkan ada yang sampai 2 minggu pun.. semasa mandikan bayi cuci bahagian pusatnya dengan air bersih. Selesai mandi lap hingga kering. Gunakan putik kapas lap segala kotoran yg melekat pada tali pusat & kawasan sekitarnya. Boleh gunakan sedikit alkohol 70% lap pada tali pusat supaya ia cepat kering. Jangan letak sebarang minyak atau bedak, kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan kuman. Penggunaan antiseptik juga tidak digalakan kerana mengandungi Yodium dimana pemakaian yg berlebihan akan membantutkan pertumbuhan kelenjar goiter iaitu kelenjar dibahagian hadapan leher. 

MINYAK PANAS @ KAYU PUTIH

Hanya minyak kayu putih khas untuk bayi sahaja @ minyak yuyi boleh digunakan untuk bayi. Ini adalah kerana pori2 pada kulit bayi adalah lebih kecil daripada pori2 pada kulit dewasa. Penggunaan minyak boleh menutup liang pori2 bayi yang akan menyebabkan kulit tidak dapat bernafas dan menyebabkan infeksi. 

Sapukan minyak telon pada bahagian ubun2, dada,belakang badan & tapak kai bayi. Ini adalah penting untuk mengelakkan bayi anda tidak selesa @ sakit kerana masuk angin


PEMAKAIAN BEDAK TALKUM

Bedak talkum akan menyebabkan debu2 masuk ke saluran pernafasan bayi. Ia juga boleh menutup liang pori2 lebih2 lagi dibahagian lipatan pada tubuh si kecil.. Ia akan merangsang pertumbuhan  bakteria & terjadinya bintik2 merah kadang2 hingga bernanah.

Jika ia terjadi, jangan mandikan bayi dengan air panas.. gunakan air sejuk & sabun berubat untuk bayi contohnya Sebamed. Ini untuk mengurangkan serta menghapuskan kolonisasi bakteria2 tersebut. Boleh juga gunakan krim khas untuk menreda dan menyejukan bahagian tersebut contohnya.. soothing cream dari jenama Bud. Juga bagus untuk Enzema.

Untuk kesihatan dan kecantikan kulit bayi yang maksima, mandi 2 kali sehari. Urutan menggunakan baby oil akan menjadikan otot2 bayi anda kuat & kulit yang cantik & sihat. Gunakan krim nappy rash seperti Drapolene setiap kali tukar lampin untuk mencegah ruam lampin. Jangan pula bila dah terjadinya ruam baru nak letak.. 


BERAPA KALI BAYI AKAN BUANG AIR BESAR DALAM SEHARI

Bagi bayi yang menyusu badan, pembuangan air besar adalah sangat kerap. 12-15 kali itu adalah perkara biasa. Bukan ceret beret ye.. ini adalah kerana sistem perut dan ususnya belum cukup matang.. bahkan tengah menyusu pun boleh buang air besar. 

Berlalunya masa, sistem enzimnya akan semakin sempurna, susu akan diserap dan dicernakan dahulu baru sisanya dibuang. Bayi anda bukanlah ceret beret cuma nak membesar. Jika terjadinya ceret beret bayi tidak mahu minum, najisnya berlendir & berdarah kerana terdapat luka. Dapatkan rawatan di klinik.

KENAPA BAYI KERAP MENANGIS

Bayi menangis kerana maukan sesuatu. Sama ada lapar, mengantuk @ tidak selesa. Bayi juga menangis kerana ingin dipeluk. Bayi juga kan mengeluarkan bunyi yang berbeza untuk setiap keinginannya. Jadi, anda perlu peka & belajar mendengar & memahami. Jika bayi anda kembung, sapukan mnyak telon pada pusat, belakang dan dan cuba sedawakannya sebanyak yang mungkin. kemudian meniarapkan bayi anda kerana ia akan berasa lebih selesa & boleh tidur. Dalam masa yang sama angin dalam perutnya akan bergerak kebahagian yang lebih tinggi, bermakna ia akan mengeluarkan angin secara kentut. Nescaya tidur malamnya akan lebih memuaskan.


MENYUSUKAN BAYI

Susu Ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Banyak cara boleh dilakukan untuk menggalakkan penghasilan susu yang mengcukupi untuk bayi anda. Malah anda boleh mengepam di antara waktu menyusu, untuk membuat simpanan. Jagalah kesihatan ibu dan jaga pemakanan dengan baik supaya tidak mengalami masalah samada kepada ibu ataupun bayi. Jangan berdiet kerana bila anda menyusukan bayi anda secara automatik  anda akan membentuk tubuh badan anda. Bayi anda juga tidak mendapat susu yang mencukupi.







Ulasan

Catatan Popular