Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk menulis di sini.. maklumlah dengan rutin yang agak ketat dan saya juga tidak melayari internet semasa dalam tugasan.

Hari ini saya cuma ada beberapa perkara yang ingin disuarakan..
Pertama sekali mengenai pemakanan.. Para ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan secukupnya supaya dapat menampung keperluan diri dan bayi. Lebih-lebih lagi kepada ibu yang menyusukan badan. Saya menggunakan konsep makan mengikut jenis darah.. dan ada jenis-jenis makanan tertentu yang tidak boleh dimakan sepanjang tempoh berpantang. Para ibu juga perlu mengambil minuman herba yang disediakan untuk membaiki sistem peranakan dan memperbanyakan susu untuk bayi.

Kedua adalah mengenai kebersihan diri.. ibu perlu mandi 2 kali sehari dengan mandian herba yang sediakan. Mandi di waktu pagi sebelum berurut adalah lebih baik daripada selepas berurut.
Bermula seawal 7.30 am, bayi akan dimandikan dijemur dan diurut. Semasa dalam proses menyiapkan bayi, ibu perlu bangun dan mandi herba serta mengambil sarapan. Selepas sarapan bayi disusukan. Rawatan Ibu akan dimulakan selepas bayi disusui dan ditidurkan.

Adalah amat dinasihatkan para ibu mengikut jadual dan peraturan yang saya tetapkan supaya segalanya berjalan dengan lancar dan penjagaan yang sempurna dapat saya berikan. Hasil yang cemerlang adalah daripada kerjasama yang baik
 
~ Bangun seawal 7.30pagi.
    - Bangun lewat akan menyebabkan tubuh lesu.
    - Ibu boleh berehat selepas lunch.

~ Rehat dan tidur selepas waktu Zohor hingga Asar.
    - Waktu rehat sebelah siang amat penting untuk kembalikan  tenaga.
    - Adalah amat penting untuk lelapkan mata sekejap pada waktu ini walaupun tidak pernah tidur siang.

~ Makan mengikut aturan dan minum air herba secukupnya.
    - Jangan skip waktu makan untuk diet. Air HERBA perlu diminum sekurang2nya 2 litre sehari.
    - Untuk menambah susu saya sarankan mengambil supplement SHAKLEE.

~ Pemakaian bengkung sepanjang masa. Termasuk semasa tidur malam.
    - Walaupun permulaannya kurang selesa, tetapi tubuh akan berasa segar dan tidur akan lebih lena dan static. Menghidarkan sakit belakang , mengempiskan perut, melancarkan darah dan mempercepatkan pemulihan tubuh.

~ Tidak keluar rumah sepanjang waktu berpantang.
    - Untuk memastikan tenaga tidak digunakan secara berlebihan dan tubuh akan pulih sepenuhnya selesai tempoh berpantang.
    - Tidak tekena anasir luar yang tidak baik kerana tubuh masih lemah dan semangat masih lemah.

~ Berpakaian yang sesuai.. berstokin sepanjang masa .
    - Adalah untuk memastikan tubuh tidak kesejukan dan darah dapat berjalan dengan lancar.


Adalah dimaklumkan disini, tugas saya hanya meliputi keperluan keatas ibu dan bayi. Kepada mereka yang tidak mempunyai pembantu rumah.. sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi saya. Di sini adalah disarankan agar pihak suami dapat membantu dalam penjagaan anak-anak yang lain dan tugasan rumah.

Tugasan saya tidak meliputi melayan tetamu. Adalah dinasihatkan untuk tidak menerima tetamu sepanjang dalam penjagaan saya kerana ia akan mengganggu perjalanan jadual.

Ya.. kedengarannya amat sukar untuk diikuti.. tetapi inilah yang terbaik untuk mereka yang inginkan penjagaan dan hasil yang cemerlang selepas selesai melalui waktu berpantang. Jika tidak ianya tidak berbaloi buat semua. Para Ibu akan berasa tiada bezanya ada penjaga atau tidak dan saya akan berasa tidak selesa dan letih kerana apa yang patut dilakukan tidak dapat disempurnakan dengan baik.

 INSYA-ALLAH..

Ulasan

Catatan Popular